Wednesday, January 29, 2014

Shila singkir Johan?

Shila Amzah, Johan,  

SEJAK bintang Juvana, meluahkan rasa cintanya terhadap pelakon seksi, Lana Nordin, sehingga kini nama pelakon ini masih menjadi bualan hangat.


Bermula dengan pendedahan mengenai cinta hatinya, kontroversi demi kontroversi ligat menghiasi perjalanan pelakon filem, Balada Pencinta ini.

Tidak menyangka pendedahan itu bakal melukakan hati teman tapi mesranya, Shila Amzah, akui Johan, Shila juga turut menyekatnya dari kesemua laman mikro milik penyanyi ini.

Walaupun sehingga kini, Shila masih belum memberi penjelasan kepada media mengenai perkara itu, timbul pula kontroversi baharu mengenai lagu barunya yang turut dikaitkan dengan Johan.

Menerusi muzik video, Masih Aku Cinta, Shila memilih Johan sebagai pelakon utama dan Isnin lalu, anak dara ND Lala ini mengepilkan ‘teaser’ lagu itu serta memberitahu video muzik itu bakal dimuat naik syarikat rakaman, Warner Music Malaysia, pada
malam berkenaan.

Namun, sehingga kini, muzik video itu masih belum dipertontonkan ke laman perkongsian, Youtube, malah 'teaser' yang ada turut dibuang secara tiba-tiba.

Ini menimbulkan tanda tanya buat pengikut laman sosial Shila Amzah dan tidak kurang juga yang menduga sesuatu termasuk muzik video ini telah ditarik balik.

Ada segelintir pihak membuat andaian bahawa muzik video ini bakal dibuat semula susulan konflik yang berlaku antara Johan dan Shila, baru-baru ini.

Pun begitu, wakil daripada Warner Music, tampil menafikan segala khabar angin berkenaan dan meminta masyarakat dan peminat tidak membuat spekulasi.

Menurut Anne, muzik video itu sepatutnya dipertontonkan pada malam Isnin lalu, namun, atas sebab masalah teknikal, ia terpaksa ditunda.

"Muzik video itu tidak akan ditarik semula atau dibuat semula. Kami akan mempertontonkan video itu pada hari Selasa sekiranya masalah teknikal itu dapat diatasi.

"Sebenarnya, usaha untuk memuat naik muzik video itu dilakukan sejak malam Isnin lagi. Namun, terdapat masalah sambungan yang melibatkan syarikat daripada Hong Kong.

"Jadi, terpaksa memakan sedikit masa. Yang pasti, muzik video itu masih asal dan sebelum ini kami tidak pernah memuat naik sebarang muzik video lagu itu," katanya ketika dihubungi Zass - Sinar Harian

Mahali Jasuli dan Hans berebut meminang Tasha Shilla


Mahali Jasuli dan Hans berebut meminang Tasha Shilla – Pendedahan gambar-gambar mesra dan romantik antara pelakon Tasha Shilla dan peninju Muay Thai, Hans, oleh beberapa laman blog mengundang tanda tanya di kalangan peminat berkenaan hubungan mereka ketika ini.

Jika dulu, Tasha Shilla pernah dikaitkan bercinta dengan pemain pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli, adakah hati aktres jelita itu kini sudah berubah?

Bercakap kepada Kosmo hari ini, Tasha Shilla mengakui memang sedang berkawan rapat dengan jejaka yang bernama Hans sejak tiga bulan lalu di sebuah majlis namun hubungan mereka masih belum sampai ke tahap bercinta.

“Boleh dikatakan kami masih lagi dalam peringkat berkawan dan dalam proses saling mengenali antara satu sama lain tetapi saya ingin tegaskan yang kami tidaklah bercinta seperti yang digembar-gemburkan.”

“Sekarang ni belum masa lagi untuk bercinta, kalau betul nak cinta tunggulah dua lelaki ni masuk meminang dulu. Lepas tu baru lah saya beritahu orang yang saya sedang bercinta (gelak).”
- Cantik De Blogspot

Universiti khas untuk Mak Nyah @ Pondan di Thailand


Haha.. macam cantik je.. tak tau pulak admin ada U khas utk pondan auwwww.... sava dika...

Haa.. sape nk g sekolah kat sini, kompon khawin ngan mak nyah, kuar anak patung LOL .... okey teruskan membaca.. mcm best je kan..

NEGARA Thailand sememangnya dikenali di kalangan pelancong luar sebagai salah sebuah negara syurga bagi industri ‘gelapnya’. 
Terbaru, negara gajah putih itu telah memberi pengiktirafan kepada golongan transgender ataupun pondan dengan mendirikan sebuah universiti khas untuk golongan tersebut. 
Universiti pertama yang dikhaskan untuk mereka itu akan memberi pengajaran dan pembelajaran yang lebih tertumpu kepada aspek ketrampilan diri seperti etika di meja makan, cara-cara berdandan serta menata rias diri dengan kemas dan cantik. 
Tujuan mereka menubuhkan universiti ini adalah untuk memberi ruang serta hak kesamarataan kepada golongan pondan untuk menuntut ilmu seperti mana pelajar-pelajar yang lain.


- Cantik Je Blogspot

Melampau! Tweet Suami Isteri Yang Buat Anda Naik Angin!

Melampau! Tweet Suami Isteri Yang Buat Anda Naik Angin! l Satu printscreen post Twitter yang dimilik suami isteri tersebar luas di facebook, post ini yang diketegorikan sebagai post melampau pasangan tersebut telah menjadi bahan lawak bodoh dan kutukan pelayar laman sosial facebook!

Rata-rata ramai yang mengutuk keras apa yang ditweet oleh pasangan tersebut yang dianggap menjatukan maruah dirinya dan pasangan serta boleh menunjukkan keruntuhan moral yang kritikal pada masyarakat sekarang.


Diharap pasangan ini sedar  kesilapan yang  mereka lakukan dengan meyebarkan gambar yang dianggap melampau di laman sosial Twitter serta tidak menjadi ikutan orang lain. - See more at: http://cantikje.blogspot.com/2014/01/melampau-tweet-suami-isteri-yang-buat.html#sthash.LsZBGU6j.dpuf

-- Cantik de 

Foto : Majlis Resepsi Linda Onn & Ungku Azhar

Foto : Majlis Resepsi Linda Onn & Ungku Azhar

Tepat sebulan usia pernikahannya, Linda Onn dan suami telah memilih malam semalam untuk mengadakan majlis resepsi bagi meraikan perkahwinan mereka.
Jika pernikahannya sebelum ini berlangsung dalam sebuah majlis tertutup dan sederhana, namun nampaknya untuk resepsi yang diadakan di Restoran Hadramawt kali ini disambut penuh meriah sambil dihadiri rakan-rakan terdekat.
Lebih menarik lagi, kesemua tetamu yang terdiri daripada selebriti popular seperti Dato’ Siti Nurhaliza, Umie Aida, Rabecca Nur Al-Islam dan Noniswara turut sama menari bersama pengantin mengikut lagu-lagu yang dimainkan.
Foto : Majlis Resepsi Linda Onn & Ungku Azhar
Malah Linda Onn dan pasangannya, Ungku Azhar juga kelihatan sangat bahagia sewaktu sama-sama berdansa berlatarkan muzik romantik.
Walaupun busana yang dipakai oleh Linda agak ringkas namun tidak dapat dinafikan bahawa seri pengantin masih terserlah dan tampak jelas penyampai radio ini sedang berbahagia dengan kehidupan barunya.
Untuk pengetahuan anda, pasangan sama cantik sama padan ini telah diijabkabulkan pada 27 Disember 2013 di kampung halaman Linda di Johor Bahru.
Bagi yang belum berkesempatan melihat kemeriahan majlis resepsi Linda bersama suaminya yang persis Hans Isaac ini, jom saksikan video dan foto-foto di bawah.

LO-8LO-9LO-10
LO-16
LO-11LO-12


Sumber: Oh Bulan

Tuesday, January 28, 2014

Foto : Megan Fox Hamil Anak Kedua

Foto : Megan Fox Hamil Anak Kedua
Bagi mereka yang meminati filem Transformers, pastinya kenal dengan aktres seksi, Megan Fox bukan?
Kalau nak tahu, aktres jelita itu kini sedang hamil anak keduanya bersama suami tercinta, Brian Austin Green. Bercakap menerusi laporan media tempatan, Megan akui di awal kehamilannya dia mengalami alahan yang sangat teruk sehingga menganggu rutin hariannya sebagai seorang selebriti.
Namun begitu, segala-galanya kembali normal apabila kandungannya melepasi fasa first trimesters.

Foto : Megan Fox Hamil Anak Kedua
Berkongsi lebih lanjut mengenai kehamilan keduanya, Megan akui amat sukar untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ibu. Tambahan pula kini dia terpaksa membesarkan anak sulungnya, Noah yang baru berusia 14 bulan dan dalam masa yang sama terpaksa bekerja dalam jangka masa yang agak lama.
Sekarang ini saya tidak ada masa untuk fikir apakah perbezaan yang sama alami sewaktu hamilkan anak pertama dan kedua. Apa yang pasti, saya rasa sangat sukar untuk mendidik anak berusia setahun dan dalam masa yang sama terpaksa bekerja selama 16 jam sehari.
Bila berada di rumah, saya akan cuba luangkan masa dengan anak dan gunakan waktu itu dengan sebaik-baiknya. Saya mengaku, memang tak cukup masa untuk lakukan semua kerja dalam satu masa.
Sebagai rujukan, Megan Fox telah berkahwin dengan aktor kacak, Brian Austin Green pada Jun 2010. Hasil perkongsian hidup selama ini mereka telah dikurniakan cahaya mata sulung, Noah Shannon Green pada tanggal 27 September 2012.
- US Magazine

Jisook (Rainbow) Tampil Dengan MV Baru, My Hero

Jisook (Rainbow) Tampil Dengan MV Baru, My Hero
Ahli kumpulan Rainbow, Kim Ji sook atau lebih mesra dengan panggilan Jisook, kini tampil dengan muzik video terbaru terbitan JTBC Drama bagi soundtrak drama Can We Love.
Soundtrak pertama yang berjudul My Hero itu berkonsepkan pop ballad dengan menampilkan alunan keyboard dan gitar sebagai kekuatan lagu itu.
Jisook (Rainbow) Tampil Dengan MV Baru, My Hero
Melalui MV ini, OHBULAN! dapat menghayati perasaan sebenar protagonis wanita (yang dilakonkan oleh Eugene) yang amat jujur dalam percintaan.
Menariknya, walaupun MV My Hero yang berdurasi 3:40 baru dimuatnaik semalam, ia sudah menerima pelbagai reaksi positif peminat yang suka akan susunan muzik drama ini.
Untuk pengetahuan semua, Can We Love merupakan drama bersiri yang mengisahkan tentang kehidupan, karier, serta dunia percintaan tiga orang wanita diakhir usia 30′an.
Pastinya peminat-peminat drama korea ternanti-nanti kemunculan drama terbaru yang dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat seperti Eugine, Uhm Tae Woong, Kim Yu Mi, Kim Sung Su dan ramai lagi.
Apa-apa pun, jom kita layan MV pertama drama ini yang dinyanyikan oleh Jisook.

--- OH Bulan